KUALA LUMPUR – Filem animasi, Abominable, keluaran DreamWorks tidak akan ditayangkan di Malaysia selepas penerbitnya enggan memenuhi keperluan lembaga penapisan untuk memotong babak yang menunjukkan ‘nine dash line’ di Laut China Selatan, kata pengedar filem itu.
Ia merupakan garisan berbentuk U yang digunakan China pada peta untuk menunjukkan tuntutan wilayahnya di Laut China Selatan yang meliputi tuntutan negara-negara lain lain.
Vietnam menyekat penayangan filem tersebut pada minggu lalu manakala Menteri Luar Filipina telah mengarahkan babak yang menunjukkan peta itu dipotong dan filem tersebut telah diboikot.
Pada minggu lalu, Lembaga Penapisan Filem (LPF) Malaysia berkata, pihaknya telah memberi kebenaran untuk filem tersebut ditayangkan tanpa babak yang menunjukkan peta tersebut.
“Universal memutuskan tidak menapis keperluan lembaga penapisan filem Malaysia dan dengan ini tidak membolehkan filem ini ditayangkan di Malaysia,” kata jurucakap pengedar filem itu, United International Pictures kepada Reuters.
LPF tidak mengeluaran sebarang ulasan mengenainya.
Tayangan filem tersebut dijadualkan pada 7 November ini.
Abominable, mengisahkan seorang gadis China yang menemui yeti tingaal di atas rumahnya dihasilkan secara bersama oleh Pearl Studio yang berpangkalan di Shanghai dan DreamWorks Animation. DreamWorks dimiliki oleh Comcast yang mana syarikat indukknya adalah Universal Pictures.
China mendakwa hampir keseluruhan Laut China Selatan di bawah pengisytiharan sepihak ‘nine-dash-line’, yang mana barangan bernilai AS$3.4 trilion melaluinya setiap tahun.
Garisan tersebut bertindih dengan tuntutan Malaysia, Vietnam, Filipina, Brunei dan Taiwan.
Pada minggu lalu, Menteri Luar Malaysia, Datuk Saifuddin Abdullah berkata, negaranya perlu meningkatkan keupayaan tentera laut untuk menghadapi kemungkinan konflik di Laut China Selatan walaupun ia menerapkan pendekatan bukan ketenteraan di lautan itu. – Agensi