KUALA LUMPUR Ketua Polis Negara dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) diminta supaya membebaskan semua tahanan di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012 (SOSMA) sama ada yang berkait dengan Harimau Pembebasan Tamil Eelam (LTTE), IS atau lain-lain tuduhan.
Ahli Parlimen Pasir Gudang, Hassan Abdul Karim berkata, ini kerana SOSMA adalah satu undang- undang zalim yang digubal dan dilaksanakan oleh Kerajaan Barisan Nasional (BN) yang telah ditolak oleh rakyat pada Pilihanraya Umum ke-14 yang lalu.
“Apa yang zalimnya SOSMA itu? Pertama SOSMA membenarkan seseorang itu ditahan untuk siasatan polis selama 28 hari tanpa pihak polis perlu mendapatkan perintah dari Majistret Mahkamah seperti lazimnya di bawah Seksyen 117 Kanun Acara Jenayah. Ini bercanggah dengan Perkara 5 Perlembagaan Persekutuan.
“Kedua, jika seseorang itu akhirnya dituduh di mahkamah di bawah SOSMA selepas tempoh siasatan polis 28 hari tersebut, tertuduh itu dinafikan hak untuk jamin diri.
“Penafian hak jamin diri berterusan walaupun yang dituduh dibebaskan oleh mahkamah tetapi pihak pendakwa raya meneruskan dengan rayuan ke mahkamah rayuan. Sekali lagi bercanggah dengan Perkara 5 Perlembagaan Persekutuan,” katanya dalam satu kenyataan di sini.
Selain itu, katanya, prosedur perbicaraan di mahkamah di bawah SOSMA terlalu banyak bercanggah dengan prinsip keadilan undang-undang bersabit dalam soal saksi dan keterangan.
Dakwanya, orang yang dituduh tidak mendapat perbicaraan yang adil kerana miscarriage of justice berlaku.
Hassan berkata, sewajarnya semua tahanan SOSMA dibebaskan atau mereka dituduh dan dibicarakan di bawah Kanun Keseksaan yang lebih adil. – MalaysiaGazette
Bila kena batang hidung mereka , semua undang-undang di Malaysia ini tidak betul!!!…..ini tidak adil namanya.
Suruh Hassan ni tuduh cepat sikit. Ni kaki ampun semua nak naik cepat
Suruh Hassan ni tuduh cepat sikit. Ni kaki ampu semua nak naik cepat
Nti dah huru hara di salahkan polis tak buat kerja katanya. Apa apa pun ahli politik buat hal politik dan tugas polis biar polis yg buat jgn nak memadai. Ni dah kira campur tgn ahli politik dlm tugas polis
Mp tak blh pakai punya..gila apa dia ni..mcn ni ke sorg mp..mp cap yg ph lahirkan..
HASAN!Kamu Ni PEGUAM BELA KE?JANGAN Nak Jadi HERO LA! KAMU Ni NAK BELA PENGANAS,KAmu PUN SAMA PENGANAS.KAMU MP PENGANAS.Kamu patut Di Sumbat DULU dari Orang2 yang di SYAKI.