Home Utama Satu keajaiban Malaysia tidak bankrap akibat 1MDB – Dr Mahathir

Satu keajaiban Malaysia tidak bankrap akibat 1MDB – Dr Mahathir

Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad berucap pada Persidangan Praxis Institut Kajian Strategik dan Antarabangsa Malaysia (ISIS) 2019 'Malaysia Beyond 2020' di Hotel Hilton, Kuala Lumpur. foto FAREEZ FADZIL, 21 OKTOBER 2019

KUALA LUMPUR – Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini berkata, hampir suatu keajaiban Malaysia tidak bankrap akibat kerosakan yang dilakukan rejim kleptokratik terdahulu, yang menjadikan tabung negara sebagai milik peribadi.

Perdana Menteri berkata, kerosakan tersebut bukan sahaja berkaitan kewangan tetapi juga keinstitusian.

“Salah satu daripada cabaran terbesar selepas menumbangkan rejim kleptokratik itu ialah membersihkan kerosakan yang ditinggalkan dan membina semula negara,” katanya dalam ucaptama pada Persidangan ISIS Praxis, ‘Malaysia Beyond 2020’, di sini.

— BERNAMA