MANILA – Bekas Ketua Polis Filipina menghadapi aduan jenayah berkaitan penjualan semula dadah yang dirampas.
Oscar Albayalde meletak jawatan minggu lalu selepas didakwa campur tangan untuk melindungi pegawai polis yang terlibat dalam dagangan dadah.
Sedangkan sebagai ketua pasukan keselamatan itu, dia sepatutnya memerangi dadah yang dilakukan oleh Presiden Rodrigo Duterte.
Jeneral Albayalde menafikan dakwaan itu tetapi menyambut baik siasatan yang dijalankan bagi membolehkan beliau mendapat “proses yang wajar”.
Siasatan Senat, yang diadakan bulan ini, mengesyorkan agar Albayalde dan 13 pegawai polis di bawah perintahnya dikenakan pertuduhan dadah dan rasuah berhubung penjualan semula dadah yang dirampas pada tahun 2013.
Aduan jenayah itu difailkan pada Isnin oleh Kumpulan Siasatan dan Pengesanan Jenayah Polis Filipina (PNP-CIDG), badan yang ditugaskan untuk menyiasat jenayah yang dilakukan oleh polis.
Jabatan Kehakiman sekarang akan memutuskan sama ada mereka mahu mendakwa Albayalde dan 13 yang lain berdasarkan tuntutan yang difailkan.
Dilantik sebagai ketua polis sejak tahun lalu, Albayalde adalah pemimpin kedua yang terlibat dengan dakwaan dadah. – MalaysiaGazette