KUALA LUMPUR – Pelakon, Rita Rudaini mahu mengambil tindakan saman terhadap netizen yang membuat tuduhan terhadap dua anaknya di laman sosial berkenaan.
Netizen berkenaan dakwanya mempertikaikan sama ada kedua-dua anaknya itu sah taraf ataupun tidak.
Memandangkan ia sudah melampaui batas, Rita membuat laporan polis mengenainya hari ini.
Menerusi video di media sosial, Rita bersama peguamnya mendesak pemilik akaun laman sosial itu membuat permohonan maaf secara terbuka kepadanya dan memberikan tempoh selama 14 hari untuk dia berbuat demikian.
Individu terbabit diarahkan berjumpa sendiri dengannya untuk memohon maaf, kata Rita.
Katanya, jika tidak beliau nekad dengan tindakannya untuk menyaman individu terbabit bagi memberi pengajaran kepadanya.
Dalam pafda itu, Rita turut memberi nasihat kepada rakan-rakan artis lain untuk bertindak serupa dengannya bagi mengelak diperlekeh dengan mudah oleh pihak-pihak yang sengaja mencari pasal.
Pemilik akaun tersebut dipercayai berbuat demikian ekoran tidak berpuas hati terhadap Rita kerana memuat naik gambar beliau dengan beberapa artis lain termasuk Aaron Aziz.
Difahamkan, pemilik akaun terbabit ‘bengang’ kerana Rita bergambar bersama Aaron secara dekat dan perkara itu mengundang kemarahannya.- MalaysiaGazette