TERKINI : BENTARA “Bantu Ahli Parlimen Masuk Dewan” – Datuk Mohd. Rashid

KUALA LUMPUR – Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Mohd. Rashid Hasnon berkata gesaan agar Parlimen mengumumkan senarai nama Ahli Parlimen yang tidak hadir ke dewan akan dibincangkan.

Menurut Rashid lagi, sekiranya gesaan itu boleh menyedarkan Ahli-ahli Parlimen mengenai tanggungjawab yang dipikul oleh mereka, maka cadangan itu perlu untuk diperhalusi.

“Pada pandangan saya boleh sesekali buat (umum nama yang sering tidak hadir) untuk menyedarkan Ahli Dewan Rakyat dan boleh bawa dalam perbincangan,” katanya kepada media di lobi Parlimen, hari ini.