NEW YORK – Harga minyak dunia susut hampir 1% selepas wakil-wakil perdagangan Amerika Syarikat (AS) melahirkan rasa kebimbangan tentang perang perdagangan antara Washington-Beijing.
Menurut Robert Lighthizer, kelembapan ekonomi dunia akan mengakibatkan permintaan ke atas minyak jatuh.
Niaga hadapan minyak Brent jatuh AS$0.46 kepada AS$58.96 setong manakala West Texas Intermediate pula susut AS$0.47 setong kepada AS$53.31 setong.
Meskipun Presiden Donald Trump berkata, beliau akan menandatangani perjanjian apabila bertemu dengan Presiden China pada Sidang Kemuncak APEC pada bulan November ini, Setiausaha Perdagangan AS berkata, perjanjian dagangan awal tidak perlu dimuktamadkan pada bulan depan.
“Perkara utama adalah dengan memastikan semuanya betul apabila kita tandatangan. Itu adalah elemen penting. Itu yang dimaksudkan oleh Presiden,” kata Wilbur Rose ketika ditanya sama ada beliau boleh mengenepikan tandatangan APEC.
Manakala, Lighthizer pula berkata, pihaknya masih mensasarkan untuk menyelesaikan fasa pertama semasa mesyuarat APEC yang akan berlangsung di Chile pada 16 dan 17 November ini.
Menurutnya, ada beberapa isu berbangkit yang perlu diselesaikan.
Sementara itu, pengeluar minyak kedua terbesar dunia – Rusia berkata, negara itu tidak memenuhi komitmen pengurangan bekalan pada bulan September kerana pertambahan dala gas asli menjelang musim sejuk.
OPEC, Rusia dan pengeluar lain bersetuju untuk mengurangkan bekalan sehingga 1.2 juta tong sehari pada bulan Disember ini. – MalaysiaGazette