KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mengesahkan sudah memberikan amaran kepada mana-mana Ahli Parlimen kerajaan yang culas hadir ke sesi Dewan Rakyat.
Perkara itu katanya sudah dimuktamadkan di Mesyuarat Kabinet tentang peri pentingnya kehadiran di Parlimen.
“Kita dapati kadang-kadang Menteri berada di luar negara kerana sekarang terlalu banyak mesyuarat antarabangsa yang mereka perlu hadiri dan bagi Ahli Parlimen biasa mereka juga kadang-kadang ada masalah lain.
“Kadang-kadang mereka tidak ada dalam dewan tapi ada dlm bangunan ini. Jadi mereka boleh dipanggil dengan menggoncang loceng Kita bagi amaran kepada mereka supaya hadir,” katanya dalam sidang media di lobi Parlimen, hari ini.