Home Nasional Beberapa jalan di ibu negara dilanda banjir kilat

Beberapa jalan di ibu negara dilanda banjir kilat

banjir1-640x300
Keadaan banjir kilat di Jalan Duta.

KUALA LUMPUR – Hujan lebat berterusan sejak pukul 6 petang hari ini menyebabkan beberapa jalan utama di ibu negara dilanda banjir kilat dan beberapa kenderaan dilapor terperangkap.

Jalan-jalan terlibat ialah Jalan Duta, Jalan Tuanku Abdul Halim di kedua-dua arah serta Lebuhraya Mahameru berhampiran susur ke parlimen.

banjir2-1024x539
Kenderaan ditenggelami air akibat banjir kilat.

Menurut laman twitter Sistem Maklumat Pengangkutan Bersepadu (ITIS) Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), tiga kenderaan terperangkap dalam banjir kilat di Jalan Tuanku Abdul Halim manakala kedua-dua lorong di Terowong Duta ditutup.

Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Kuala Lumpur ACP Zulkifly Yahya ketika dihubungi berkata anggota telah ditempatkan di lokasi banjir bagi mengawal lalu lintas.

— BERNAMA

7078d65c9b8836a746a492b5cc5c378c?s=150&d=mp&r=g
+ posts