SEOUL – Kim Jong Un dan Donald Trump masih mempunyai hubungan dan kepercayaan yang kukuh.
Pemimpin Korea Utara itu menyifatkannya sebagai ‘hubungan istimewa’, menurut laporan agensi berita KCNA yang melaporkan kenyataan itu dikeluarkan oleh Kim beberapa hari lalu.
Kenyataan itu dikeluarkan selepas awal bulan ini Pyongyang rundingan antara kedua-duanya di Sweden gagal mencapai kata sepakat dan usaha menghapuskan penggunaan senjata nuklear di Semenanjung Korea.
“Saya berharap, semua halangan antara Korea Utara dan Amerika Syarikat dan memajukan hubungan dua hala dalam arah yang lebih baik akan diberikan berdasarkan hubungan rapat,” menurut kenyataan KCNA, memetik nama Penasihat Kementerian Luar, Kim Kye Gwan.
Tetapi berbeza pula dengan kenyataan Trump.
Katanya: “Dalam kalangan politik Washington dan pentadbiran pembuat dasar Korea Utara di Amerika Syarikat bermusuhan dengan Korea Utara tanpa alasan, dipenuhi dengan Perang Dingin dan prasangka ideologi”.
Kenyataan itu berkata Korea Utara akan melihat “betapa bijak AS dalam menghadapi akhir tahun ini.”
Kim sebelum ini menetapkan hujung tahun ini untuk tempoh akhir bagi perbincangan penghapusan nuklear dengan Washington. – MalaysiaGazette