Home Nasional Syed Saddiq bantah penahanan mahasiswa UM

Syed Saddiq bantah penahanan mahasiswa UM

Syed Saddiq Syed Abdul Rahman

KUALA LUMPUR- Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman membantah penahanan seorang mahasiswi yang terlibat dengan tunjuk perasaan di Universiti Malaya hari ini.

Dalam ciapan di laman Twitternya, beliau mempersoalkan tindakan Polis menahan wanita terbabit kerana demonstrasi dijalankan secara aman.

“Saya membantah sekeras-kerasnya penahanan mahasiswa yang tunjuk perasaan. Laporan menunjukkan bahawa protes yang dilakukan berjalan dengan aman.

“Apa keperluan untuk menahan wanita tersebut?” katanya.

Dipercayai mahasiswi tersebut adalah Ketua Sayap Wanita Gabungan Pelajar Islam Malaysia (Gamis), Maizatul Afirah Ayub.

Gamis merupakan penganjur kepada demonstrasi yang diadakan di hadapan pintu pagar Universiti Malaya bagi menzahirkan sokongan terhadap Naib Canselor universiti berkenaan.

Ini adalah susulan tindakan biadap graduan Wong Yan Ke semasa majlis konvokesyen yang lepas.- MalaysiaGazette