TERKINI : INI SERIUS!!! Rampasan Sebab Ada Asas Kukuh – Muhyiddin Yassin

KUALA LUMPUR – Kementerian Dalam Negeri akan merampas buku komik “Inisiatif Jalur & Jalan Meraih Manfaat Bersama” jika ia masih berada dalam pasaran.

Malah, Menterinya, Tan Sri Muhyiddin Yassin juga menasihatkan orang ramai jangan baca buku komik berkenaan.

“Sekiranya komik tersebut masih ada dalam pasaran, maka ia akan dirampas.

“Kita sudah teliti dan kaji memang ada asas kukuh bukan kerana apa-apa sentimen atau tindakan dari apa-apa dari mana mana pihak.

“”Saya terpaksa ambil tindakan secepat mungkin. Saya hanya hendak nasihat perkara itu sudah keluarkan larangan. Elok jangan kita baca dan elak guna buku itu,” katanya di lobi Parlimen.