TERKINI : Kerajaan Beri Tawaran RM1,000 Sekaki Persegi kepada Pemilik Tanah Kg.Baru

KUALA LUMPUR – Kerajaan mengemukakan tawaran terakhir kepada pemilik tanah di Kampung Baru sebanyak RM1,000 bagi setiap kaki persegi (kps).

Menteri Wilayah Persekutuan, Khalid Samad menjelaskan, daripada jumlah RM1,000 itu, RM850/kps akan dibayar melalui empat pilihan iaitu tunai, hartanah, kombinasi aset dan hartanah serta pegangan saham.