Home Seni Hidup “Perkara gila pernah saya buat” Alif Satar

“Perkara gila pernah saya buat” Alif Satar

KUALA LUMPUR – Berenang sejauh 3.8 kilometer (km), berbasikal 180 km dan berlari 42 km selama lebih kurang 15 jam.

Itulah satu-satunya perkara ‘gila’ yang dilakukan oleh pelakon, pengacara dan penyanyi Alif Satar menyertai kejohanan Langkawi Ironman semalam.

Menulis menerusi Instagramnya, Alif teruja untuk berkongsi pengalamannya mengikuti pertandingan itu dalam masa terdekat.

“Perasaan yang menakjubkan. Tak sabar nak kongsi kisah saya dengan anda semua,” tulisnya.

Beliau turut berterima kasih terhadap sokongan yang diberikan terhadapnya sepanjang kejohanan berlangsung.

Pada tahun lalu Alif berjaya mencatatkan masa 6 jam 42 minit untuk menamatkan perlumbaan yang keseluruhannya sejauh 112.7km itu, melibatkan berenang sejauh 1.6km, berbasikal 90km dan berlari sejauh 21.1 km. – MalaysiaGazettte