SETIAP kali datangnya musim perayaan, kita pasti menganggapnya hari kegembiraan bersama. Kali ini penganut agama Hindu bergembira menyambut perayaan Deepavali atau Pesta Cahaya.
Bagi mereka, perayaan ini juga menandakan kemenangan golongan yang baik menumpaskan puak yang jahat.
Perayaan Deepavali harus disambut semua masyarakat tanpa mengira peringkat umur seiring dengan pengiktirafan di negara inii sebagai Sifar Konflik Kaum.
Seperti kelazimannya, komuniti India di Malaysia secara amnya dan beragama Hindu menyambut perayaan ini dengan pakaian indah, menyediakan juadah yang enak, bersembahyang, berdoa dan mengunjungi keluarga serta rakan-rakan.
Namun, sudah pula menjadi kebiasaan, rakan-rakan berlainan agama dan keturunan bersama memeriahkan tradisi perayaan ini. Itulah tanda muhibah yang terjalin sejak sekian lama dalam keluarga besar bangsa Malaysia.
Selamat Hari Deepavali kepada rakan-rakan yang menyambut perayaan ini. Kita sayangi Malaysia!