KUALA LUMPUR – Jabatan Meteorologi Malaysia mengeluarkan notis amaran ribut petir yang dijangka bakal melanda seluruh negeri hari ini.
Menurut kenyataan, 10 negeri yang dijangka dilanda ribut petir sehingga 4 jam iaitu Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Perak, Pahang, Selangor, WP Putrajaya, Negeri Sembilan dan Johor.
Manakala Kelantan, Terengganu, Pahang, Selangor, WP Kuala Lumpur, Sarawak serta Sabah pula dijangka akan dilanda ribut petir yang berlarutan sehingga pukul 6 petang.
Justeru orang ramai yang ingin melakukan aktiviti luar pada hari ini dinasihatkan supaya berhati-hati dan sediakan payung sebelum keluar dari rumah.-MalaysiaGazette