Home Akhbar Cina DAP panggil semua wakil rakyat bincang isu dicetus Ronnie Liu

DAP panggil semua wakil rakyat bincang isu dicetus Ronnie Liu

Beberapa pemimpin DAP dikatakan akan menyertai MCA namun desas-desus itu dinafikan pemimpin DAP.

KUALA LUMPUR – DAP telah memanggil semua wakil rakyatnya yang merangkumi Ahli Parlimen dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) untuk berkumpul pada Khamis bagi berbincang tentang beberapa isu yang sedang membelenggu parti itu.

China Press melaporkan, selain isu kenyataan ADUN Sungai Pelek, Ronnie Liu yang mewujudkan ketegangan dalam Pakatan Harapan (PH) khususnya antara DAP dan Bersatu, dua isu lagi juga menjadi tumpuan mesyuarat.

Menurut akhbar itu, komik Inisiatif Jalur dan Jalan (BRI) yang mencetuskan kontroversi serta penahanan wakil rakyat yang dikaitkan dengan sokongan kepada kumpulan pengganas Harimau Pembebasan Tamil Eelam (LTTE) merupakan isu yang turut mendapat perhatian.

Dalam isu Ronnie Liu, walaupun kenyataannya yang membidas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad mendapat sokongan sesetengah akar-umbi, tetapi pucuk pimpinan DAP ternyata tidak berpuas hati dengannya.

“Oleh itu, pucuk pimpinan telah memanggil semua Ahli Parlimen dan ADUN untuk menjelaskan kepada mereka tentang pendirian parti dan bagaimana menangani isu yang ada,” demikian lapor China Press.

Menurut sumber, wakil rakyat DAP juga akan diberi peluang mengutarakan pandangan mengenai isu-isu yang membelenggu parti. – MalaysiaGazette

Artikel berkaitan:

Surat tunjuk sebab sudah beri, tunggu respon Ronnie