Home Nasional Wee Jeck Seng calon BN di PRK Tanjung Piai

Wee Jeck Seng calon BN di PRK Tanjung Piai

Wee Jeck Seng

KUALA LUMPUR – Bekas Ahli Parlimen Tanjung Piai, Datuk Seri Wee Jeck Seng diumumkan calon Barisan Nasional (BN) bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Tanjung Piai dalam usaha merampas kembali kerusi Parlimen itu.

Pengumuman itu dibuat oleh Pengerusi BN Johor, Datuk Hasni Mohammad.

Jeck Seng merupakan bekas Timbalan Menteri Belia dan Sukan dan penyandang jawatan parlimen berkenaan selama dua penggal namun tewas pada pilihan raya umum lalu kepada Datuk Dr Md Farid Md Rafik dengan 524 undi.

Beliau yang dilahirkan pada 20 April 1964 di Pontian, Johor berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Perniagaan dari Universiti Sunderland.

Jeck Seng berkahwin dengan Lin Ruyun.

Berikutan pengumuman itu, beliau akan bersaing dengan Timbalan Setuausaha Agung Gerakan, Wendy Subramaniam dan Ketua Bahagian Bersatu Tanjung Piai Bersatu Karmaine Sardini pada pilihan raya kecil itu.

PRK Parlimen Tanjung Piai merupakan PRK kesembilan selepas PRK Parlimen Sandakan pada 11 Mei lalu, PRK DUN Sungai Kandis pada 4 Ogos tahun lalu, DUN Balakong dan DUN Seri Setia (8 September 2018), Parlimen Port Dickson (13 Oktober 2018), Parlimen Cameron Highlands (26 Januari 2019), DUN Semenyih (2 Mac) dan DUN Rantau (13 April).

PRK Tanjung Piai diadakan berikutan kematian Md Farid yang juga Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, pada 21 September lalu, akibat mengalami komplikasi jantung. – MalaysiaGazette

5 Komen

  1. Masalahnya akan ada ke ahli-ahli MCA yg nak berkempen bersama-sama org-org melayu Islam umno dgn pas… Pru13 dgn pru14 masa kempen dulu mana ada ahli-ahli MCA yg pasang bendera… Semua ahli-ahli MCA duduk melangok je kat bilik gerakan… Yg buat kerja org-org melayu je…. Ko bior betul-betul zahid midi oiii…

  2. Apa juga yang akan berlaku dan keputusan nanti sama2 kita saksikan. Namun yang pasti UMNO masih terbelenggu dengan pasca pemikiran sebelum PRU 14. Masih tidak berubah dari paradigma yang tidak realistik sejak bungkus dalam PRU14. Denyut hati umat melayu begitu gelisah sejak PH mengambil tampok pemerintah. Masih tidak ada rasa tercuit dihati pimpinan UMNO akan tingginya harapan umat melayu agar ketegasan hak bangsa diperkasakan. Kecewa dengan pimpinan melayu dalam PH yang begitu tidak mampu melakukannya.
    Demokrasi adalah sifat utamanya majoriti, prinsip demokrasi atas sifat majoriti, dan kiraan kertas undi menjadi penentu, Yang menyumbang kepada majoriti disebabkan olih pelbagai faktor yang begitu “robust” dan terkini sifatnya. Antara yang paling penting adalah faktor bangsa, agama, peradaban, dan dasar politik yang adil dan terbukti. Lebih 60 tahun negara ditadbir BN, dan amat jelas bangsa melayu beragama Islam menefastasikan sifat toleransi dan muhibbah yang paling tinggi kualiti bagi menjadikan Malaysia Truly Asia. Yang amat jelas hampir 18 bulan di bawah PH, negara menuju kebobrokan meluas. Begitu jelas bangsa melayu diperlakukan dengan tidak sepatutnya dan umumnya negara semakin mundur dalam semua bidang.
    Pada saat bangsa melayu mengharapkan anjakan perubahan dalam UMNO, namun tidak juga menjadi realiti. Masih lagi di kongkong pemikiran lama. Sepatutnya, kalau kawasan itu majoriti melayu, orang melayu lah calonnya. Itulah sifat memilih dalam asas demokrasi di Malaysia masa kini, lain lah kalau bangsa2 di Malaysia ini sudah sampai tahap ” kematangan demokrasi tulen tahap tinggi, yang tidak dibelenggu pemikiran ultra rasis dan kiasu”.

Comments are closed.