KUALA LUMPUR – UMNO Johor yakin tiada sabotaj akan dilakukan terhadap calon MCA, Datuk Seri Wee Jeck Seng yang dipilih untuk mewakili Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Tanjung Piai.
Ketua UMNO Johor, Datuk Hasni Mohammad berkata, ini kerana semangat untuk memenangi pilihan raya kali ini sangat tinggi.
“Semalam kita berjalan dan jumpa pusat daerah mengundi, tak berlaku sebarang sabotaj di peringkat UMNO sebagai parti utama yang menggerakkan PRK ini,” katanya yang juga Pengerusi BN Johor pada sidang media pengumuman calon BN bagi RRK Tanjung Piau malam ini.
Jeck Seng yang meruapakan bekas Ahli Parlimen Tanjung Piai diumumkan sebagai calon BN bagi PRK Tanjung Piai dalam usaha merampas kembali kerusi Parlimen itu.
Ditanya tentang kesukaran ahli UMNO menerima Jeck Seng sesebagai calon BN, Hasni berkata, pihaknya tidak dapat mengelak sentimen berikutan tempoh yang panjang antara kekosongan kerusi parlimen itu dengan hari penamaan calon.
Malah katanya, BN juga menghadapi sentimen yang serupa sewaktu Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14 yang lalu
Namun, jelas beliau, berdasarka suasan tersebut BN telah mengambil masa untuk meneliti dalam buat keputusan bagi mendapatkan calon yang sesuai dan terbaik.
“Bukan hanya mesyuarat diadakan di peringkat negeri, kajian di lapangan dijalankan untuk pastikan hasrat aspirasi dan cita-cita penduduk Tanjung Piai dan permintaan mereka tercapai,” ujarnya.
Menurutnya, setelah meneliti semua aspek dan menterjemahkan kajian serta sentimen masyarakat, BN membuat keputusan memilih Jeck Seng sebagai calon terbaik dan sesuai untuk menghaadapi pilihan raya itu. – MalaysiaGazette