LONDON – Pengurus Manchester United, Ole Gunnar Solskjaer menyifatkan dua jaringan Marcus Rashford setaraf dengan gol Cristiano Ronaldo.
Ia berikutan sepakan percuma pemain muda itu yang membawa kemaraan ke suku akhir selepas menyekat Chelsea dalam saingan Piala Liga (EFL) awal pagi tadi.
Sepakan percuma minit ke-73 Rashford membantu United menang 2-1 ke atas Chelsea di tempat lawan.
Sebelum itu, Michy Batshuayi memadamkan gol pembukaan minit ke-25 Rashford menerusi penalti sebelum menang menerusi jaringan set piece ala Ronaldo itu.
Ronaldo pernah beraksi enam musim di Old Trafford dan sering menyumbat gol menerusi sepakan percuma sekali gus membantu United menjulang tiga gelaran Liga Perdana Inggeris dan Liga Juara-Juara sebelum meninggalkan kelab itu pada 2009.
“Ia seperti jaringan Cristiano, bukan?” soalnya Solskjaer kepada MUTV.
“Dia semakin yakin mengambil sepakan penalti, melangkah dan terus menyumbat gol, ia mengagumkan.
“Dia sudah bekerja keras berlatih sepakan percuma dan hari ini dia menerima ganjaran,” katanya.
Pemain bek tengah United, Victor Lindelof juga membandingkan Rashford dengan kehebatan pemenang lima anugerah Ballon d’Or itu menerusi laman sosial miliknya. – MalaysiaGazette