KUALA LUMPUR – Kira-kira 2,000 pemandu lori hari ini membuat demonstrasi aman di hadapan bangunan Kementerian Pengangkutan hari ini.
Tindakan itu dibuat bagi membantah syarat permohonan Lesen Kenderaan Pengangkutan Awam (PSV) perlu membuat pemeriksaan doktor seperti diputuskan kerajaan baru-baru ini.
Mereka berkumpul dan membawa pemidang yang menyatakan kekecewaan terhadap Menteri Pengangkutan, Anthony Loke.
Antara pemidang itu tertera; “YB anthony Loke, Siapakah yang akan membela nasib pemandu lori seperti kami?’
Ada juga bertulis, “YB Anthony Loke, Pemeriksaan doktor, pembaharuan lesen GDL & PSV perlu seperti sediakala.”
Difahamkan, wakil kumpulan pemandu lori itu menghantar memorandum bantahan kepada pegawai kanan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) sebelum mereka bersurai.
Sementara itu, difahamkan, tindakan mogok juga berlaku di kawasan Pelabuhan Klang.
Kira-kira 100 pemandu lori mengadakan mogok di Bandar Sultan Suleiman perkara yang sama.
Mereka mendakwa ditindas Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) berikutan syarat baharu pembaharuan lesen yang memerlukan keputusan pemeriksaan kesihatan.
Akibat lori yang dihentikan di tepi jalan menyebabkan berlaku kesesakan jalan raya di kawasan berkenaan sebelum disuraikan oleh polis trafik.- MalaysiaGazette