Home Dunia Penumpang memasak punca kebakaran dalam keretapi

Penumpang memasak punca kebakaran dalam keretapi

Keadaan tiga gerabak keretapi yang terbakar semasa perjalanan dari Karachi ke Rawalpindi . foto Agensi

RAHIM YAR KHAN – Sekurang-kurangnya 74 orang maut selepas keretapi yang sedang dalam perjalanan antara Karachi dan Rawalpindi terbakar.

Tragedi itu berlaku semasa di tengah-tengah perjalanan.

Menteri Pengangkutan, Sheikh Rashid Ahmed berkata, kebakaran berlaku apabila silinder gas yang digunakan para penumpang untuk memasak di dalam keretapi itu meletup.

Letupan itu mengakibatkan kebakaran pada tiga gerabak selepas merebak dengan pantas.

Kebanyakan mangsa maut semasa mereka melompat daripada gerabak yang terbakar bagi menyelamatkan diri.

Kejadian itu turut mengakibatkan 40 orang yang lain cedera.

Pihak berkuasa menganggarkan jumlah mangsa yang cedera mungkin meningkat lagi.

Ramai penumpang menuju ke Raiwind berhampiran Lahore untuk ke majlis keagamaan tahunan terbesar di Pakistan.

Tiga gerabak yang terbakar itu, dengan 54 orang di dalam gerabak ke-11 dan 78 orang pada setiap gerabak ke12 dan 13.

Seorang saksi, Mohammad Ramzan, yang berada di atas keretapi itu beberapa penumpang sedang membuat teh apabila silinder gas meletup. – MalaysiaGazette