Home Dunia Roket besar Korea Utara mampu musnah serangan mengejut

Roket besar Korea Utara mampu musnah serangan mengejut

Asap berkepul-kepul daripada siri pelancaran roket oleh Pyongyang, petang semalam. foto Reuters

SEOUL – Korea Utara berjaya melancarkan ujian pelancar pelbagai rokot besar pada petang semalam, menurut agensi berita KCNA.

Ujian terkini mengenai “pelancar roket berganda besar” itu dibuat selepas dua ujian dijalankan pada bulan Ogos dan September yang diselia oleh pemimpin Korea Utara, Kim Jong An.

Tetapi semalan, Kim tidak berada di lokasi pelancaran.

Akhbar negara Korea Utara, Rodong Sinmun, menunjukkan gambar peluncur roket berganda, dikelilingi api kuning dan asap.

Ujian hari Khamis membuktikan ‘peluncur roket berganda’ itu dapat “memusnahkan sepenuhnya” serangan kejutan, kata KCNA.

“Korea Utara sedang meningkatkan tingkah laku konflik,” kata Senator Republikan, Cory Gardner, Pengerusi Sub Jawatankuasa Hubungan Luar Senat Asia Timur, Polisi Siber.

Tambah beliau, pelancaran dan pencerobohan Korea Utara yang berterusan ini menekankan tentang perlunya pentadbiran Donald Trump melakukan komitmen kepada polisi tekanan maksimum terhadap Pyongyang.

Dan bagi Kongres pula, perlu  mengenakan sekatan tambahan terhadap kerajaan Kim.

Objek yang kelihatan seperti peluru berpandu balistik itu dilancarkan dari Korea Utara, kata Kementerian Pertahanan Jepun.

Tetapi ia tidak mendarat di wilayah negara tersebut.

Pangkalan udara Amerika di Misawa, 1,130 km (700 batu) di utara Tokyo, memuat naik status “amaran peluru berpandu dunia sebenar” dan menggesa kakitangan untuk mencari tempat perlindungan, sebelum mengeluarkan kenyataan “semuanya selamat”.

Waktu pelancaran peluru berpandu itu adalah waktu petang, walaupun kebiasaannya dilakukan pada waktu awal pagi. – Malaysiagazette