Home Nasional Final Piala Malaysia: Rapid lanjutkan perkhidmatan LRT, bas

Final Piala Malaysia: Rapid lanjutkan perkhidmatan LRT, bas

Pengerusi Jawatankuasa Pertanian dan Asas Tani, Pengangkutan dan Industri Utama negeri Azman Nasrudin berkata ketika ini, rakyat di negeri ini lebih suka menggunakan kenderaan persendirian berikutan pengangkutan awam yang ditawarkan di Kedah tidak efisien.
Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – RapidKL akan melanjutkan waktu perkhidmatan di stesen LRT Bukit Jalil sehingga jam 1 pagi, Sabtu ini sempena Perlawanan Akhir Piala Malaysia 2019.

Prasarana Malaysia Bhd. dalam satu kenyataan di sini hari ini berkata, stesen-stesen lain akan menamatkan operasi seperti biasa, bagaimanapun para penumpang masih boleh keluar dari stesen berkenaan untuk meneruskan perjalanan.

Dalam pada itu, tiga laluan bas RapidKL akan dilanjutkan perkhidmatan di mana bas terakhir akan berlepas pada jam 1 pagi.

Ia melibatkan laluan 652 (dari Stesen LRT Awan Besar ke Bt. 3, Jalan Klang lama); laluan T580 (Stesen LRT Awan Besar ke TPM via Stesen LRT Bukit Jalil); dan T582 (dari Stesen LRT Awan Besar ke LRT Salak Selatan via Bukit Jalil).

“Untuk mengelak dari kesesakan di jalan raya, Rapid KL menyarankan warga ibu kota untuk menggunakan perkhidmatan pengangkutan awam untuk ke stadium pada hari tersebut, serta menggunakan kad Touch ‘N Go atau beli token perjalanan pulang lebih awal untuk memudahkan perjalanan yang lebih lancar,” katanya.

Bagi yang ingin memandu sendiri pada malam perlawanan itu nanti, mereka boleh meletakkan kenderaan mereka di stesen-stesen LRT berdekatan dengan stadium yang menyediakan perkhidmatan parkir, antaranya Stesen LRT Muhibbah, Stesen LRT Awan Besar serta Stesen LRT Sri Petaling.

Untuk maklumat lanjut, orang ramai boleh mengikuti Twitter dan Facebook MyRapidKL, tambahnya. – MalaysiaGazette