Home Ekonomi 28 jenama MNC, syarikat tempat terima Anugerah Superbrands

28 jenama MNC, syarikat tempat terima Anugerah Superbrands

KUALA LUMPUR – Sebanyak 28 jenama yang dihasilkan oleh syarikat multi nasional dan tempatan menerima Anugerah Superbrands Malaysia 2019.

Jenama-jenama itu ialah Acer, Meeracle, Apacs Sports, Muar Ban Lee, April 22, Origin Integrated Studios, Atomy Malaysia, Schmaco Auto Parts, Beaute Mori, Securido Guard Services, CED dan Stephen Hansford Petrolub.

Selain itu, Central Sugars Refinery, Sun Life Malaysia, Das Abdul Global, Sunshine Kingdom, Ecoware AI Hardware, The Hijab World, Fraser & Neave Holdings, Trusted Sharks, Jin Ye Ye, Ultron, Little Caliphs International, V’Asia Cosmetics & Healthcare, Mamasab Bakery, Wellous, Multimedia University dan Yokohama Batteries

Semua jenama ini kukuh dan paling bernilai di pasaran.

Mike English, Pengarah Superbrands berkata, banyak jenama tempatan yang termasuk peserta baru, telah memasuki senarai Superbrands tahun ini bersama jenama yang diiktiraf secara global.

Jenama ini bukan hanya diundi oleh ahli majlis jenama terkenal tetapi juga oleh para profesional pemasaran malalui undian atas talian.

Hanya jenama yang mencapai tahap pengiktirafan seperti ditetapkan oleh majlis bebas layak untuk dimasukkan dalam buku Superbrands Malaysia termasuk rekod sejarah dan pencapaian bagi setiap jenama.

“Jenama terbaik di Malaysia yang terdiri daripada barangan konsumer yang bergerak cepat (FMCG) dan juga perniagaan sekeluarga dipaparkan dalam buku ini.

“Penyertaan dalam buku Superbrands adalah melalui jemputan sahaja dan ini menampilkan kekuatan yang ada pada sesuatu organisasi dan nilai jenamanya.

“Kesemua peserta program Superbrands berhak menggunakan logo Superbrands dalam kempen pengiklanan, pembungkusan dan lain-lain bahan komunikasi pemasaran,” kata English. – MalaysiaGazette