CHiANG RAI – Thailand telah membuka semula gua Tham Luang yang dikenali selepas kes 12 orang pemain bola sepak Akademi Wild Boar dan jurulatihnya terperangkap selama berminggu-minggu menarik perhatian dunia.
Beratus-ratus orang berkumpul pada hari Sabtu untuk melihat gua berkenaan sehingga pihak berkuasa terpaksa membenarkan sehingga 30 orang masuk pada satu masa.
Kejadian 12 pemain bola sepak dan jurulatihnya terperangkap berlaku pada bulan Julai tahun lalu.
Duangporn Sookawong, 75, yang datang dari selatan Songkhla percaya kejayaan menyelamatkan mangsa-mangsa itu adalah satu keajaiban.
Mereka terperangkap hampir tiga minggu selepas memasuki gua gua Tham Luang pada 23 Jun dengan tujuan untuk meneroka didalamnya.
Tetapi, ketika itu musim hujan lebat telah mengakibatkan banjir, akibatnya mereka terperangkap.
Walaupun terperangkap lama, nasib mereka baik kerana masih mendapat bekalan air daripada titisan air daripada batuan sebelum ditemui oleh pasukan penyelamat.
Usaha membawa mereka keluar dengan selamat berakhir pada 10 Julai lalu. – MalaysiaGazette