PONTIAN – Calon Gerakan Wendy Subramaniam yang sibuk mengejar masa siang malam berkempen sejak semalam untuk Pilihan Raya Kecil Parlimen Tanjung Piai terkejut dengan insiden sepanduk gergasi yang memaparkan gambarnya sempena PRK kali ini rosak dan terbaring di tanah simpang empat Jalan Al-Sagoff, Pontian Kechil hari ini.
Beliau ditemui MalaysiaGazette di lokasi kejadian berkata, telah menerima panggilan daripada jentera PRK yang digerakkan oleh Ketua Pengarah Operasi Gerakan DUN Pekan Nanas Albert Teo.
“Sekitar 9 pagi ini, Timbalan Bendahari Gerakan kami Albert Teo yang bersama anggotanya melalui jalan itu dan apabila kembali ke jalan sama 1 jam kemudian iaitu 10 pagi, terkejut sepanduk gergasi Gerakan sempena PRK yang didirikan di tepi jalan bertentangan francais makanan segera tumbang.