Home Politik Jeck Seng minta pengundi Melayu kenang jasanya

Jeck Seng minta pengundi Melayu kenang jasanya

Calon Barisan Nasional, Datuk Dr. Wee Jack Seng berucap pada Program Ceramah Umum Barisan Nasional sempena kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) P.165 Tanjung Piai di Bilik Gerakan PDM Pekan Nenas Tengah, Johor. foto AFFAN FAUZI, 03 NOVEMBER 2019

PEKAN NANAS – Calon Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Dr Wee Jeck Seng menyeru pengundi-pengundi supaya memberi undi kepadanya dalam pilihan raya yang akan diadakan pada 16 November ini.

Katanya, berdasarkan trek rekod dahulu, beliau adalah seorang wakil rakyat yang berkerja keras dan sentiasa membantu pengundi-pengundinya.

Dalam ceramahnya malam tadi, Jeck Seng mengimbau kembali usahanya yang menghantar 10 orang warga emas yang tidak berkemampunan untuk menunaikan umrah.

Bagaimanapun katanya, usaha-usaha tersebut tidak lagi berlaku selepas itu lebih-lebih lagi apabila kerajaan bertukar kepada Pakatan Harapan (PH) sejak 9 Mei tahun lalu.

“Itu saya buat sebagai tanggungjawab juga, itu bukan politik tapi saya jalankan tugas dengan seikhlas-ikhlas yang boleh.

“Waktu itu saya tanggung semua bukan sedikit, saya tanggung keseluruhan kos dan saya pilih seorang ketua untuk pastikan mereka yang hendak pergi umrah itu dibawa ke airport selepas itu hantar ke tanah suci dan pastikan mereka kembali dengan selamat ke tanahair,” katanya ketika menyampaikan ceramah kelompok di pusat daerah mengundi (PDM) Bandar Pekan Nanas Tengah di sini, malam tadi.

Hadir sama pada ceramah kelompok itu, Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.

Jeck Seng menyatakan demikian bagi menunjukkan komitmennya yang apabila berjanji pasti akan cuba untuk ditunaikan.

Ia berbeza dengan PH yang banyak berjanji kepada rakyat tetapi akhirnya mengkhianati janji itu, katanya.

“Kerajaan sekarang ini janji tak boleh tunai, tapi saya kalau janji saya akan usaha sampai boleh.

“Maka kita mahu hantar lagi warga emas ke tanah suci macam dulu, saya akan luluskan sebaik-baik yang boleh. Saya akan lakukan apa yang boleh tetapi yang penting adalah perjuangan kita,” ujarnya.

Kerusi Parlimen Tanjung Piai sebelum ini disandang Allahyarham Datuk Dr Md Farid Md Rafik pada PRU-14 yang mewakili PH apabila memenangi kerusi Parlimen itu dengan memperoleh 21,255 undi menewaskan Jeck Seng (20,731 undi) dan calon PAS, Nordin Othman (2,962 undi).

PRK itu diadakan selepas Dr Md Farid, 42, meninggal dunia akibat komplikasi jantung pada 21 September lalu.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 16 November ini sebagai hari mengundi manakala 12 November pengundian awal. – MalaysiaGazette

1 Komen

  1. Peringatan yg perlu diingatkan kepada melayu islam.

    1. MCA pernah hina islam pada 2015
    2. Ahli mca 100% cina, dibandingkan dgn Dap ada melayu islam.
    3. Mca cabar kekalkan sekolah vertikulasi.
    4. Mca cabar keluar dari BN.
    5. Mca tak pernah gunakan bahasa kebangsaan dlm perhimpunan agung.
    6. Mca tolak & persenda hukum hudud.

    Memilih mca bermakna membenarkan cina mca menikam melayu islam.

Comments are closed.