KUALA LUMPUR – Akbar Politis di Cyprus mendedahkan ahli perniagaan yang menjadi buruan, Jho Low memiliki pasport di negara kepulauan Mediterannean itu selepas skandalnya membabitkan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) terbongkar pada tahun 2015.
Permohonan untuk mendapatkan pasport itu diperoleh melalui broker Henley & Partners, yang turut membantunya mendapatkan pasport dari St Kitts & Nevis.
Henley & Partners adalah broker pasport global dan kewarganegaraan.
Menurut Sarawak Report, dalam permohonannya kepada pihak-pihak berkuasa Republik Cypus melalui Henley & Partners, beliau menggambar dirinya sebagai “pemimpin global dalam kewarganegaraan dan perancangan kediaman”.
Jho Low kemudian menerima paspaort Cyprus melalui Rancangan Pelaburan Cyprus yang mensyaratkan pemegang pasport perlu mendepositkan sebanyak 5 juta euro di bank untuk tempoh tiga tahun dan membeli kediaman berharga 500,000 euro.
Akhbar itu mendakwa Henley & Partners pada 23 September 2015 telah bertindak atas arahan Jho Low membeli sebuah vila di Limnara di Ayia Napa pada harga 5 juta euro bagi memenuhi syarat berkenaan.
Jho mendapatkan pasport berkenaan bagi membolehkan beliau terus bergerak di mana-mana.
Ahli perniagaan buruan itu tiba Cyprus pada 18 September 2015 untuk mendapatkan pasport tersebut.
Namun, Politis tidak memberi perincian sama ada Jho Low pernah kembali semula ke Cyprus dengan pasport berkenaan dan menduduki kediaman yang dibeli.
Malah, sama ada hartanah tersebut sudah dirampas juga tidak diketahui. – MalaysiaGazette
jom kita holiday dirumah rakyat di cyprus! jom