TERKINI : PH Tabur Masuk Poket Rakyat “Bukan Tabur Masuk Kocek Sendiri” – Salahuddin Ayub

KUKUP – Timbalan Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Salahuddin Ayub mendedahkan bahawa beliau telah diperli oleh Datuk Seri Najib Razak ketika mereka bersalaman kelmarin kononnya banyak wang ditabur kerajaan untuk Pilihan Raya Kecil (PRK) Tanjung Piai.

Beliau yang juga Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani berkata, kerajaan menabur wang supaya masuk ke poket rakyat dalam bentuk pembangunan serta kebajikan sara hidup.

Katanya lagi, bukan seperi bekas perdana menteri itu yang beliau dakwa menabur wang dalam poket sendiri dan sibuk dengan urusan kes perbicaraan mahkamah sehingga gagal berkhidmat untuk pengundi di Parlimen Pekan.

“Adalah orang sibuk akan masuk penjara, sedang sibuk dalam mahkamah. Semasa penamaan calon pada Sabtu apabila saya salam beliau di khemah, ramai pemimpinnya sindir saya banyak tabur.

“Ingat, kita tabur pada rakyat, masuk poket rakyat bukannya masuk poket sendiri.

3 Komen

  1. Terdesak sangat bila rakyat mula hilang kepercayaan terhadap PH, taburlah dedak sebanyak yang boleh tapi sepenggal tetap sepenggal

Comments are closed.