TERKINI : Klinik Kesihatan Pekan Nanas Akan Ada “Doktor Pakar” – Karmaine Sardini

PEKAN NANAS – Perkhidmatan Klinik Kesihatan Pekan Nanas masih perlu diperbaiki demi keselesaan pelawat dan pesakit tempatan.

Calon Pakatan Harapan untuk Pilihan Raya Kecil Parlimen Tanjung Piai, Karmaine Sardini berkata, lawatan beliau pagi ini ke Klinik Kesihatan itu yang dipindahkan ke kawasan baharu lebih strategik dengan bangunan baharu dan luas selain kemudahan tempat letak kereta yang banyak memudahkan urusan pesakit tempatan.

“Namun kelengkapan di klinik sini masih perlu diperbaiki lagi. Kami ada darinya dah tunggu dari pukul 7 pagi sampai sekarang tak boleh masuk untuk dapatkan rawatan dan ada beberapa aduan berkaitan.