KUALA LUMPUR – Datuk Agil Natt dilantik sebagai Pengerusi Kumpulan Affin Bank Berhad mulai 8 November ini.
Beliau bakal menggantikan Tan Sri Mohd Zahidi Zainuddin, kata Affin Bank dalam notis kepada Bursa Malaysia.
Agil juga merupakan Lembaga Pengarah Cagamas Bhd dan Sogo (KL) Department Store Sdn Bhd, selain Ahli Panel Pelaburan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja.
Beliau memiliki pengalaman luas dalam perbankan korporat, perbankan pelaburan dan kewangan Islam. – MalaysiaGazette