Home Nasional Enggan ulas soalan biasiswa, Maszlee dakwa Najib curi duit rakyat

Enggan ulas soalan biasiswa, Maszlee dakwa Najib curi duit rakyat

Menteri Pendidikan, Maszlee Malik (dua kiri) diiringi Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi, Datin Paduka Ir. Dr. Siti Hamisah Tapsir (tiga kanan) menyempurnakan gimik perasmian pada Program Kolokium Pendidikan Revolusi Industri 4.0 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), Putrajaya. foto SYAFIQ AMBAK, 05 NOVEMBER 2019

PUTRAJAYA – “Najib curi duit rakyat,” demikian jawapan ringkas Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik yang menyindir bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan Kolokium Pendidik Revolusi Industi 4.0 di Pusat Konvensyen Putrajaya di sini hari ini.

Semalam, Najib di Facebook miliknya menulis status sarkastik yang memuji Maszlee seorang yang baik selepas beliau mengumumkan Kementerian Pendidikan Arab Saudi memutuskan untuk memberikan 300 biasiswa kepada pelajar Malaysia.

Namun Ahli Parlimen Pekan itu turut memuatkan naik tangkap layar berita yang sama pernah diumumkan media pada April tahun lalu seolah-olah ia bukan perkara baharu.

Status yang mendapat komen lebih 2,000 orang itu rata-rata menyatakan Maszlee hanya mengambil kredit yang telah dilakukan oleh Kerajaan Barisan Nasional sebelum ini.

Semalam, Maszlee menyatakan tumpuan biasiswa itu adalah kepada bidang sains dan teknologi.

“Arab Saudi juga sedang menyusun guru mereka daripada tiga subjek iaitu Bahasa Inggeris, Matematik dan Sains untuk dihantar dan dilatih di Malaysia.

“Ia bagi mempersiapkan sistem pendidikan mereka menghadapi Pendidikan Abad Ke-21,” tulisnya dalam laman Facebook beliau.

Tambah beliau, kementerian berbesar hati menerima penghormatan sebegitu dan amat sudi untuk berkongsi pengalaman bersama mereka.

“Para guru mereka boleh mengambil pengalaman tinggal dalam budaya masyarakat Malaysia dan turut menyumbang dalam pembelajaran anak-anak kita di sekolah.

“Pertukaran suasana sebegini merupakan satu inisiatif yang baik untuk meluaskan lagi spektrum pemikiran antara rakyat Malaysia dan Arab Saudi dan menyemarakkan aktiviti silang budaya,” katanya. – MalaysiaGazette

2 Komen

  1. TENTANG BIASISWA TAK MAU ULAS.TENTANG NAJIB.BUAT FITNAH.APA KEJADAH PUNYA MENTRI NI?JAGA MULUT!SEBAB PULUT SANTAN MERASA.SEBAB MULUT BADAN MERANA!

  2. hang dok kutuk mazlee apsal yg Najib tinggal hutang RM52b x sedikit pon hang terasa bodoow punya pencacai.

Comments are closed.