Home Seni Hidup Sentuhan magis Villa Danieli sempena Hari Natal

Sentuhan magis Villa Danieli sempena Hari Natal

Food review dan fotografi makanan di Villa Danieli, Sheraton Imperial Kuala Lumpur. foto SYAFIQ AMBAK, 29 OKTOBER 2019

SEPERTI perayaan yang lain, saban tahun perayaan Hari Krismas atau Hari Natal akan disambut dengan meriah apabila sanak saudara penganut Kristian berkumpul bersama-sama di kampung halaman.

Menghargai penduduk ibu kota yang juga mahu merasai kemeriahan, Villa Danieli di Hotel Sheraton Imperial Kuala Lumpur menawarkan sambutan Hari Natal yang bakal mencipta memori kepada pengunjungnya.

Food review dan fotografi makanan di Villa Danieli, Sheraton Imperial Kuala Lumpur. foto SYAFIQ AMBAK, 29 OKTOBER 2019

Menerapkan menu-menu tradisional sempena perayaan yang bakal disambut pada 25 Disember tidak lama lagi, Villa Danieli tahun ini memilih tema element magical yang mempertanggungjawabkan cef di dapur untuk mengolah kaedah masakan seiring perkembangan semasa.

Food review dan fotografi makanan di Villa Danieli, Sheraton Imperial Kuala Lumpur. foto SYAFIQ AMBAK, 29 OKTOBER 2019

“Kita tidak boleh terus berada di takuk yang sama, perlu ada perubahan, jadi dalam menawarkan menu tradisional kami membuat improvasi.

“Kami membuat improvasi menu tradisi sambutan natal olah cara pemasakan lebih kepada moden,” kata Pengurus Komunikasi Pemasaran Sheraton Imperial, Mel Hamid.

Food review dan fotografi makanan di Villa Danieli, Sheraton Imperial Kuala Lumpur. foto SYAFIQ AMBAK, 29 OKTOBER 2019

Villa Danieli juga kata Mel mengekalkan hidangan tradisi setiap perayaan Hari Natal iaitu ayam belanda panggang namun lebih istimewa cara memasak menjadikannya lebih lazat selain pencuci mulut yang enak seperti Kek Buah, Pecan Pai dan roti halia.

Food review dan fotografi makanan di Villa Danieli, Sheraton Imperial Kuala Lumpur. foto SYAFIQ AMBAK, 29 OKTOBER 2019

Tidak hanya itu, uniknya menu-menu yang bakal ditawarkan bermula 1 hingga 25 Disember juga memberi peluang kepada pelanggan yang mahu ‘tapau’ juadah pilihan untuk sama-sama dirai bersama-sama keluarga.

Food review dan fotografi makanan di Villa Danieli, Sheraton Imperial Kuala Lumpur. foto SYAFIQ AMBAK, 29 OKTOBER 2019

Jangan risau, selain harga yang berpatutan malah menurut Mel Hari Natal sepatutnya dirai bersama-sama oleh pelbagai kaum sebenarnya, tidak hanya penganut agama Kristian apatah lagi juadah Villa Danieli adalah halal.

Pengurus Komunikasi Pemasaran Sheraton Imperial Kuala Lumpur Hotel, Mel Abd Hamid (tengah) bersama tukang masak pada sesi food review dan fotografi makanan di Villa Danieli, Sheraton Imperial Kuala Lumpur. foto SYAFIQ AMBAK, 29 OKTOBER 2019

Tawaran promosi Hari Natal di Villa Danieli akan disambung sehingga sambutan Tahun Baru 1 Januari 2020 nanti. -MalaysiaGazette