Home Nasional Dr. Mahathir tekad tak ulang kesilapan pilih pengganti

Dr. Mahathir tekad tak ulang kesilapan pilih pengganti

Tun Dr. Mahathir Mohamad

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad yang mengakui telah melakukan kesilapan memilih penggantinya sebelum ini tidak akan mengulangi kesilapan yang sama.

Beliau berkata, seseorang akan berasa terlalu gelisah untuk melepaskan jawatan kepada penggantinya.

“Saya telah melakukan banyak kesilapan dalam melantik pengganti saya, oleh itu saya tidak mahu melakukan kesilapan lagi masa ini,” kata Tun Dr. Mahathir Mohamad dalam wawancaranya dengan Financial Times (FT).

Dr. Mahathir turut melahirkan rasa kecewa terhadap penggantinya, Tun Abdullah Ahmad Badawi yang mengambil tampuk pentadbiran pada 2003 dan juga Datuk Seri Najib Razak.

Dr. Mahathir memberitahu FT bahawa beliau akan menjadi Perdana Menteri sehingga beliau menyelesaikan masalah yang dihadapi negara.

Ia termasuk mendapatkan semula wang 1Malaysia Development Malaysia Berhad (1MDB) berjumlah berbilion dolar, mencari dan membawa ahli perniagaan, Low Teak Jho atau dikenali Jho Low, ke muka pengadilan dan membenteras rasuah dalam perkhidmatan awam.

Beliau turut cuba mendapatkan pampasan berjumlah AS$7.5 bilion dari Goldman Sachs, yang membantu 1MDB mengumpul dana yang mana Malaysia dan Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat mendakwa dana tersebut telah dicuri.

Dr. Mahathir berkata, beliau akan menyerahkan jawatan Perdana Menteri kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim, menafikan spekulasi beliau lebih suka kepada calon sebagai penggantinya seperti anak beliau, Datuk Seri Mukhriz Mahathir dan Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali. – Agensi

+ posts