KUALA LUMPUR – Datuk Seri Najib Razak melahirkan rasa simpati kepada pegawai dan anggota-anggota polis yang berhempas pulas dan bertungkus lumus mendaulatkan undang undang tetapi akhirnya digugurkan kes oleh Pejabat Peguam Negara kerajaan Pakatan Harapan (PH).
Bekas Perdana Menteri itu mendakwa pembatalan kes-kes membabitkan DAP bukan lagi satu perkara yang mengejutkan dalam Malaysia Bahru ini.
“Mula-mula selepas PRU14, SPRM (Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia) terkejut sehingga mengeluarkan kenyataan rasmi bahawa mereke terkejut kes rasuah Lim Guan Eng dibatalkan walaupun sedang dalam perbicaraan.
“Sekarang pembatalan kes-kes di Mahkamah ini sudah menjadi amalan biasa sehingga tidak ada apa-apa untuk dikejutkan lagi.
“Dah jadi amalan biasa,” katanya yang mengulas keputusan Mahkamah Sesyen Seremban yang membenarkan permohonan pasukan pendakwaan untuk membatalkan dua pertuduhan memiliki item berkaitan Harimau Pembebasan Tamil Eelam (LTTE) ke atas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seremban Jaya P. Gunasekaran.
Timbalan Pendakwa Raya Aslinda Ahad mengemukakan permohonan itu dihadapan Hakim Madihah Harullah.
Mengikut pertuduhan pertama dan kedua sebelum ini, Gunasekaran didakwa memiliki item berhubung kait LTTE di pejabat dan kediaman.
Artikel berkaitan:
LTTE: Dua pertuduhan terhadap ADUN Seremban Jaya batal
Batal pertuduhan LTTE: KPN kata mungkin ada isu teknikal
LTTE: TPM gesa hormati keputusan mahkamah
Isu LTTE: Jangan ‘cemarkan’ maruah Ayob dan anak-anak buahnya!
Kesemua kesalahan itu didakwa dilakukan di nombor 2844, Jalan SJ 3/6B, Taman Seremban Jaya dan nombor 139, Kampung Baru Rahang, Seremban, masing-masing pada 9.58 pagi dan 11.50 pagi, 10 Oktober lalu.
Sementara itu, Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin pula mendakwa Peguam Negara, Tan Sri Tommy Thomas dilihat bertindak berat sebelah sejak dilantik memegang jawatan tersebut.
Antaranya menggugurkan kes rasuah banglo Lim Guan Eng, mempengaruhi hakim dengan menggunakan afidavit dan cuba menentukan keputusan kes mendahului hakim dalam kes anggota bomba, Allahyarham Muhammad Adib Mohd Kassim dan terbaru menggugurkan kes pendakwaan dua pertuduhan adun DAP yang mempunyai kaitan dengan pengganas LTTE.
“Himpunan sekali lagi?,” soal Khaled yang dipercayai merujuk himpunan besar-besaran yang pernah dianjurkan tahun lalu bagi membantah Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum ICERD).
Sementara itu, Naib Presiden Parti Bumiputera Perkasa Malaysia (Putra), Mohd Khairul Azam Abdul Aziz pula berkata, parti itu tidak terkejut dengan berita pengguguran dua pertuduhan terhadap Timbalan Pengerusi DAP Negeri Sembilan atas pertuduhan memiliki barang berkaitan kumpulan pengganas LTTE.
Menurutnya, Putra mengaku bahawa Pendakwa Raya yang di ketuai Tommy Thomas mempunyai kuasa penuh dan hak undang-undang untuk mendakwa atau menarik balik pendakwaan mana2 kes jenayah.
Walaubagaimanapun, disebabkan kesemua pertuduhan jenayah melibatkan pemimpin kerajaan digugurkan dalam banyak kes sejak dua tahun ini, maka kredibiliti Peguam Negara setaraf sampah adalah fakta yang tak boleh dipertikaikan lagi.
“Ketika pembunuh arwah Adib masih belum di dakwa, kesemua pemimpin pembangkang didakwa dalam tempoh 24 jam walaupun kertas siasatan belum lengkap ini menunjukkan sesuatu yang jelas bahawa Peguam Negara lantikan politik ini hanya akan mengikut arahan tuan yang melantik beliau.
“Putra mendoakan agar kezaliman ini segera di balas Allah. Semoga semua yang terlibat dalam penganiayaan dan penyalahgunaan undang-undang negara kita hari ini akan di hukum,” katanya. – MalaysiaGazette
KERAjaan PeeH mmg mcm gitu la… Apa nak buek…
Kerajaan pasir berdengunggggg yg hancusss dek kerana salah memilih hulubalang hulubotolnya.