Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Salahuddin Ayub bersedia memberi keterangan dan memberi kerjasama dengan polis sekiranya diarahkan berbuat demikian.
Sehingga kini beliau memaklumkan tidak tidak menerima panggilan untuk siasat berhubung ucapannya ketika berkempen di pilihan raya kecil (PRK) Tanjung Piai.
“Setakat ini Saya belum terima lagi apa-apa. Terpulang kepada polis.
“Saya menunggulah kalau ada apa-apa keterangan atau permintaan untuk saya memberi keterangan itu, saya tidak ada masalah,” katanya ketika ditemui di lobi Parlimen.