Home Nasional Muhyiddin hairan Zahid pertikai mahkamah isu basikal lajak

Muhyiddin hairan Zahid pertikai mahkamah isu basikal lajak

Timbalan Presiden Pakatan Harapan, Tan Sri Muhyiddin Yassin bercakap pada sidang media khas sempena kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) P.165 Tanjung Piai di Bilik Gerakan Utama Pakatan Harapan, Pontian, Johor.foto HAZROL ZAINAL, 07 NOVEMBER 2019.

KUKUP – Tan Sri Muhyiddin Yassin menyatakan rasa terkilan terhadap tindakan Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang mempertikaikan keputusan mahkamah berkaitan isu basikal lajak.

Mahkamah baru-baru ini membebaskan seorang tertuduh wanita yang didakwa melanggar dan menyebabkan kematian sekumpulan kanak-kanak basikal lajak.

Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia dan Menteri Dalam Negeri itu berkata, Ahmad Zahid yang pernah menjadi memegang portfolio Menteri Dalam Negeri dan Timbalan Perdana Menteri seharusnya mengetahui peminsahan undang-undang dan menghormati sistem keadilan negara ini.

“Adakah makna Zahid pernah jadi menteri tak tahu? Nak kata sentimen bolehkah kata orang suka tak suka tapi bila dah bawa ke mahkamah, sudah buat keputusan, itu tidak wajar, hina mahkamah maknanya.

“Kalau keluarga tak puas hati boleh rayu tapi proses undang- undang menang kalah tak boleh kata mesti menang sebaliknya perlu akur keputusan akhir.

“Saya rasa hairan, kawan baik saya yang jadi pakar politik boleh pertikaikan keputusan mahkamah. Kalau ikut, ia hina mahkamah.

“Kalau bersimpati,. ramai juga bersimpati. Ada proses dari segi undang undang. Bawa hakim, bawa peguam, ada rayuan daripada tinggi ke nak pergi ke persekutuan sampai rayuan. Itu proses.

“Kawan baik saya tak hormati sistem perundangan negara, janganlah mainkan sentimen. Kalau tanya saya ada juga.. mungkin tak cukup bukti.

“Mahkamah lihat sudut yang ada. Kalau ada maklumat baru, ada fakta, bukti yang nak dibawa balik. Peguam boleh,” tegasnya kepada pemberita di Bilik Gerakan Utama Pilihan Raya Kecil Parlimen Tanjung Piai hari ini.

Beliau juga menafikan kononnya pasukan polis ditekan kerana kerajaan tidak menghormati dengan membebaskan tertuduh kes jenayah termasuk dakwaan terlibat dengan pengganas yang disiasat mereka seperti dakwaan Ahmad Zahid.

“Ini bukan undi polis tapi Tanjung Piai. Soal itu jangan dikaitkan (polis). Ada isu, nak katakan tindakan polis itu, saya Menteri Dalam Negeri.

“Saya pertahankan walaupun ada yang tak puas hati. Mahkamah sudah putuskan kemudian. Sokong moral tak betul. Lebih baik sokong kita..sebab kitalah kerajaan,” katanya.- MalaysiaGazette