Home Foto Pilihan MB Johor, Calon PH Gembira Pembukaan Semula Terminal Feri Antarabangsa Kukup Foto Pilihan MB Johor, Calon PH Gembira Pembukaan Semula Terminal Feri Antarabangsa Kukup By Mohd Hazrol Zainal - 7 November 2019 Menteri Besar Johor, Datuk Dr. Sahruddin Jamal bersama calon Pakatan Harapan, Karmaine Sardini (dua kanan) bersalaman dan beramah mesra dengan sebahagian penumpang pada Majlis Pembukaan Semula Terminal Feri Antarabangsa Kukup di Pontian, Johor. foto HAZROL ZAINAL, 07 NOVEMBER 2019. Menteri Besar Johor, Datuk Dr. Sahruddin Jamal (kanan) bersama Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Pengangkutan dan Infrastruktur, Mohd Solihan Badri (tengah) menunjukkan papan tanda balai kebitaan ketika hadir pada Majlis Pembukaan Semula Terminal Feri Antarabangsa Kukup di Pontian, Johor. foto HAZROL ZAINAL, 07 NOVEMBER 2019. Terminal Feri Antarabangsa Kukup mula beroperasi semula selepas dihentikan sementara pada 1 September yang lalu di Pontian, Johor. foto HAZROL ZAINAL, 07 NOVEMBER 2019. Menteri Besar Johor, Datuk Dr. Sahruddin Jamal (dua kanan) bersama Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya , Pengangkutan dan Infrastruktur, Mohd Solihan Badri (kanan) serta calon Pakatan Harapan, Karmaine Sardini (tengah) membuat pengimbasan tiket pelepasan kepada salah seorang penumpang yang menuju ke Tanjung Balai Karimun Indonesia pada Majlis Pembukaan Semula Terminal Feri Antarabangsa Kukup di Pontian, Johor. foto HAZROL ZAINAL, 07 NOVEMBER 2019. Menteri Besar Johor, Datuk Dr. Sahruddin Jamal (tiga kanan) bergambar bersama calon Pakatan Harapan, Karmaine Sardini (tengah) serta yang lain di hadapan pintu masuk Terminal Feri Antarabangsa Kukup pada majlis pembukaan semula terminal tersebut di Pontian, Johor. foto HAZROL ZAINAL, 07 NOVEMBER 2019. Sebahagian penumpang mula membeli tiket selepas terminal tersebut kembali beroperasi di Terminal Feri Antarabangsa Kukup, Johor. foto HAZROL ZAINAL, 07 NOVEMBER 2019. Menteri Besar Johor, Datuk Dr. Sahruddin Jamal (tiga kanan) bersama calon Pakatan Harapan, Karmaine Sardini (dua kanan) menyambut dan beramah mesra dengan sebahagian penumpang yang baru tiba dari Tanjung Balai Karimun Indonesia pada Majlis Pembukaan Semula Terminal Feri Antarabangsa Kukup di Pontian, Johor. foto HAZROL ZAINAL, 07 NOVEMBER 2019.