Kabinet hari ini bersetuju untuk menamatkan konsesi Pharmaniaga Berhad bagi perkhidmatan logistik dan pengedaran ubat-ubatan kepada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) yang akan berakhir pada 30 November ini.
Perkara itu dimaklumkan oleh Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad selepas cadangan itu dibentangkan kepada Kabinet, hari ini.
Beliau berkata, keputusan itu bagi membolehkan kerajaan melaksanakan tender terbuka bagi perkhidmatan perubatan itu yang selama ini dimonopoli oleh Pharmaniaga.
“Kontrak konsesi yang akan berakhir 30 November 2019 oleh Pharmaniaga ini telah saya bentangkan kepada Kabinet pagi tadi.