MELBOURNE – Dua orang ditemui mati, tujuh lagi hilang dan sekurang-kurangnya 100 buah kediaman musnah selepas kebakaran berlaku di belukar dan hutan merentasi timur Australia.
Perkhidmatan Bomba Pedalaman New South Wales (NSW) mengesahkan dua orang maut akibat kebakaran dekat Glen Innes, kira-kira 550 kilometer utara Sydney.
Satu mayat ditemui di dalam kenderaan dan seorang wanita mati akibat terbakar.
Ketua bomba NSW, Gladys Berejiklian berkata, jumlah kematian dijangka meningkat.
“Ini merupakan musim kebakaran belukar paling buruk di Australia dan ia disebabkan musim kemarau yang teruk,” katanya.
Kawalan kebakaran boleh dijangkakan pada minggu depan atau sepanjang musim panas bulan Disember, Januari dan Februari.
Ramalan itu didorong oleh suhu di atas normal (dan) hujan di bawah purata untuk beberapa bulan akan datang.
Pada hari Jumaat, pihak berkuasa kebakaran negeri mengeluarkan nombor rekod amaran kecemasan, dengan 17 kebakaran yang diisytiharkan berada pada tahap kecemasan dengan angin kencang dan keadaan kering yang menjadi punca kebakaran.
Setakat ini, lebih 70 kebakaran direkodkan berlaku di NSW dengan amaran kecemasan dua daripadanya.
Sementara itu, di utara Queensland, beribu-ribu penduduk berhampiran bandar resort Noosa, terpaksa berlindung di pusat-pusat sementara.
Ketua Negeri Queensland, Anastasia Paluszek berkata, kebakaran ini boleh berubah dengan pantas kerana cuaca kering dan angin kencang. – MalaysiaGazette