Home Seni Hidup SMK Subang Utama johan pertandingan bicara berirama Piala Hektar

SMK Subang Utama johan pertandingan bicara berirama Piala Hektar

Aksi pelajar-pelajar SMK Subang Utama yang mendapat tempat pertama dalam pertandingan akhir bicara berirama Piala Hektar 2019. foto MALAYSIA GAZETTE, 08 NOVEMBER 2019

KUALA LUMPUR – SMK Subang Utama, Subang Jaya dinobatkan sebagai johan dalam pertandingan akhir bicara berirama Piala Hektar.

Dengan tema ‘Penggunaan Sosial Media Bagi Masa Depan Hijau’ SMK Subang Utama mengalahkan lima finalis lain untuk menggondol trofi dan hadiah bernilai RM6,000.

Ketua Pemasaran Kumpulan Hektar, Mira Rahman berkata, pada tahun ini, pertandingan bicara berirama yang dianjurkan itu mendapat penyertaan lebih daripada 1,200 pelajar dari 44 sekolah bersaing di enam daerah, di kawasan pusat beli belah yang dimiliki Hektar.

Dalam pertandingan 2019, Hektar menganjurkan pertandingan Choral di enam pusat beli-belah iaitu di sekitar Subang Jaya, Melaka, Muar, Sungai Petani, Kulim dan Segamat.

Pertandingan Piala Hektar adalah inisiatif syarikat itu untuk memperkasakan usaha pendidikan pelajar di seluruh komuniti yang terletak dalam komuniti pusat beli-belah Hektar, juga meningkatkan pengucapan Bahasa Inggeris di sekolah-sekolah di Malaysia. – MalaysiaGazette