PEKAN NANAS – Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menyifatkan laporan polis yang dibuat ke atasnya berhubung isu basikal lajak sebagai serangan politik terhadapnya.
Beliau berkata, kenyataan tersebut secara keseluruhan dibuat olehnya bagi mewakili suara hati keluarga yang kehilangan anak masing-masing.
Selain itu kata beliau, kenyataan yang lafazkan pada Ceramah Perdana dihadirinya Khamis lalu adalah bagi menyampaikan persepsi masyarakat yang tidak berpuas hati terhadap insiden berkenaan.
“Tak apa, sesiapa pun bebas buat tindakan kerana kenyataan itu adalah kenyataan politik.
“Tetapi saya tidak pernah menyentuh institusi perundangan dan saya tidak pernah menyebut pun tentang siapakah yang menjatuhkan hukuman,” katanya ketika ditemui ketika Program Ramah Mesra di Pekan Kukup, Semepana hPilihan Raya Kecil (PRK) Tanjung Piai di sini hari ini.
Ahmad Zahid berkata demikian bagi mengulas laporan polis yang dibuat oleh Ketua Pemuda Pakatan Harapan (PH) Negeri Johor semalam, Taqiuddin Cheman berhubung kenyataan Zahid pada ceramah yang turut dihadiri Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.
Pada 28 Oktober lalu, Mahkamah Majistret Johor Bharu membebaskan jurujual wanita Sam Ka Ting, 24 daripada tuduhan memandu secara melulu sehingga menyebabkan kematian lapan remaja berbasikal lajak pada 18 Februari 2017.
Keputusan itu dibuta setelah pihak pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie terhadap tertuduh.
Sementara itu Ahmad Zahid berkata, semua pihak harus bersimpati dengan mereka (ibu bapa) yang tidak berpuas hati secara keseluruhannya.
“Apa yang saya nyatakan adalah suara hati; bukan hanya ibu bapa yang kehilangan lapan anak yang tidak berpuas hati tetapi persepsi masyarakat secara keseluruhannya terhadap apa yang berlaku kepada lapan anak itu yang kini tidak lagi berada di dunia ini,” ujarnya. – MalaysiaGazette
Hang menghina keputusan YANG ARIF TUAN HAKIM dan MAHKAMAH sebab membebaskan tertuduh., nanti biar YANG ARIF TUAN HAKIM jatuh hukum bersalah kepada Najib pada 11hb.11 (hang jangan cakap berbau politik pula).