Home Politik Kerajaan PH baru 18 bulan, berilah masa lima tahun – Guan Eng

Kerajaan PH baru 18 bulan, berilah masa lima tahun – Guan Eng

Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng. foto HAZROL ZAINAL, 09 NOVEMBER 2019.

PONTIAN – Lim Guang Eng meminta Pengundi Parlimen Tanjung Piai memberikan masa kepada Pakatan Harapan (PH) untuk berkhidmat melengkapkan tempoh sepenggal.

Setiausaha Agung DAP itu berkata, walaupun banyak janji-janji yang belum dilaksanakan kerajaan sejak diberi mandat pada Mei 2018 tetapi banyak pembaharuan yang telah dilaksanakan dalam tempoh hampir 18 bulan lalu.

“Ya, saya akui ada banyak kita (PH) belum buat, tapi banyak telah dilaksanakan (pembaharuan) sejak membentuk kerajaan Putrajaya.

“Janganlah lupa kita hanya kerajaan berusia 18 bulan dan berilah masa lima tahun untuk kami menunaikan tanggungjawab yang dijanjikan.

“Kalau dalam 18 bulan harapkan semua masalah yang ditinggalkan kerajaan lama 60 tahun, hanya Tuhan sahaja yang boleh lakukan.

“Kami tak pernah cakap tidak akan menunaikan janji-janji yang diberikan, kita akan tunaikan janji, tapi dalam keadaan yang agak tidak menentu sekarang bukannya mudah. masalah ini diwarisi dari kerajaan lama dan biar kami akan cuba dalam tempoh 5 tahun ini,” katanya dalam ceramah kelompok di Pusat Perdagangan Pontian malam ini.

Turut hadir calon Pakatan Harapan dari Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) Karmaine Sardini ke ceramah tersebut.

Guan Eng menambah, adalah penting pengundi Tanjung Piai memilih dan memberi peluang kepada wakil rakyat daripada kerajaan memerintah untuk berkhidmat di kawasan ini.

“Beri peluang kepada calon PH, Karmaine dan jangan dengar mereka cakap beri peluang kepada pembangkang menjadi suara di Parlimen.

“Kita sudah banyak kali memberikan peluang kepada mereka di Parlimen, berapa kali mahu berikan lagi.Sekarang beri peluang kepada diri sendiri supaya kita mengambil berat memajukan diri menerusi pilih calon Karmaine.

“Pemilihan Karmaine akan memudahkan segala pembangunan yang ditinggalkan arwah Dr.Md Farid Md Farik supaya diteruskan tanpa sebarang masalah,” tegasnya lagi.-MalaysiaGazette

2 Komen

  1. guanjeng…
    60 tahun,… kita bongkar… hangat
    18 bulan…. kita bungkus
    60 bulan…. kita hangus, hanget,
    tengek!!!

  2. MANIFESTO BUKAN KITAB SUCI AL QURAN JANJI UNTUK DITUNAIKAN. MALAYSIA BAKAL MENJADI REPUBLIK, ISLAM, BAHASA MELAYUB, HAK ORANG MELAYU BUMIPUTRA AKAN DIHAPUSKAN DARI PERLEMBAGAAN NEGARA. MAJLIS RAJA2 AKAN DI GANTI DENGAN NEGARA REPUBLIK. PETRONAS DAN KHAZANAH NEGARA BUMIPUTRA AKAN DIJUAL KEPADA SINGAPURA. TANAH ORANG MELAYU AKAN DIBANGUNKAN UNTUK PENEMPATAN DAN PEMBINAAN RUMAH KHUSUS UNTUK RAKYAT HONGKONG, TAIWAN DAN CHINA DENGAN HARGA RM600, 000. DAN IC BAHARU DI JUAL SECARA HARAM KEPADA WARGA CHINA. AYUH TUMBANGKAN PH PRU 15.

Comments are closed.