TERKINI : SMK Subang Utama “Bolot RM6000 dan Johan Choral Speaking Piala Hektar”

KUALA LUMPUR – SMK Subang Utama, Subang Jaya dinobatkan sebagai johan dalam pertandingan akhir bicara berirama Piala Hektar.

Dengan tema ‘Penggunaan Sosial Media Bagi Masa Depan Hijau’ SMK Subang Utama mengalahkan lima finalis lain untuk menggondol trofi dan hadiah bernilai RM6,000.

Ketua Pemasaran Kumpulan Hektar, Mira Rahman berkata, pada tahun ini, pertandingan bicara berirama yang dianjurkan itu mendapat penyertaan lebih daripada 1,200 pelajar dari 44 sekolah bersaing di enam daerah, di kawasan pusat beli belah yang dimiliki Hektar.

Dalam pertandingan 2019, Hektar menganjurkan pertandingan Choral di enam pusat beli-belah iaitu di sekitar Subang Jaya, Melaka, Muar, Sungai Petani, Kulim dan Segamat.