Home Politik Bossku jangan datang sini lagi, pengundi akan buat pilihan tepat – Azmin

Bossku jangan datang sini lagi, pengundi akan buat pilihan tepat – Azmin

Mohamed Azmin Ali

PEKAN NANAS – Datuk Seri Mohamed Azmin Ali menyarankan rakyat khususnya pengundi parlimen Tanjung Piai supaya tidak membandingkan kerajaan baharu Pakatann Harapan (PH) yang baru mentadbir selama 18 bulan kerajaan Barisan Nasional (BN) yang berusia 60 tahun.

Timbalan Presiden PKR itu berkata, pengundi yang bakal memilih wakil rakyat Tanjung Piai tidak seharusnya membandingkan PH dengan kerajaan lama yang tumbang akibat rasuah dan salahguna kuasa pemimpin tertingginya.

“Kerajaan berusia 60 tahun, akhirnya kerajaan itu jatuh juga, dijatuhkan rakyat kerana inginkan pembaharuan beri peluang kepada PH dan imam Karmaine Sardini sebagai calon untuk meneruskan legasi baik Allahyarham Farid dan kepimpinan PH akan dukung kepimpinan ustad Karmaine di Tanjung Piai.

“Hanya tinggal seminggu lagi, janganlah kerana sentimen dibawa pembangkang saya tengok Bossku (Datuk Seri Najib Razak) turun. Nak turun buat apa Bossku, tumpukanlah di mahkamah, ini di mahkamah mata sakit, kucing cakar, siapa cakar dia lagi, semua cakar.

“Tumpukanlah jawablah dalam mahkamah, ini juga kejayaan besar PH (dakwa pemimpin rasuah). Kalau tengok pembangkang dia dakwa kita tidak buat apa-apa tetapi lupa, Kabinet antara langkah pertama menentang amalan rasuah habis-habisan dalam negara,” katanya ketika berucap di Kampung Bakar Arang.

Beliau turut mengingatkan pembangkang yang didakwa berlumba-lumba menyebarkan fitnah dan tohmahan supaya menghentikan tindakan menakut-nakutkan orang Melayu untuk menolak PH kerana alasan tidak memenuhi aspirasi rakyat.

“Kerajaan ini kerajaan yang mentadbir dengan kekuatan dan semangat yang dibekalkan oleh sokongan rakyat pelbagai bangsa untuk membawa kemakmuran bersama,” katanya.

Tambah Azmin, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia diberi kuasa penuh tanpa gangguan eksekutif untuk mencari perasuah sehingga ke lubang cacing dan dalam tempoh 18 bulan mentadbir amalan rasuah dalam kerajaan tidak kedangaran.

“Apabila selesai nanti PRK ini, lebih banyak kemakmuran akan turun ke Johor dan Tanjung Piai. Sebagai kerajaan peduli rakyat, Kabinet setuju sistem RTS di Bukit Cagar Johor mesti diteruskan demi kesejahteraan rakyat Johor,

“Kenapa tak dibuat oleh Bossku semasa jadi PM, hari ini baru nak turun Tanjung Piai, ingatlah rakyat Johor dan Tanjung Piai mesti berani ada prinsip tolak parti rasuah, pemimpin rasuah Balik KL hadapi mahkamah mahkamah tentukan siapa perompak.

“Saya bukan marah tapi geram, Bossku jangan datang ini untuk berbohong selama dua minggu ini cukup-cukuplah. Orang Tanjung Piai buat pilihan tepat 16 November ini. kalau saya pengundi sini undi saya tentunya memangkah Karmaine.

“Kita kena jadi pemimpin akhlak kena baik moral, intergriti, peduli rakyat dan semua kriteria ini ada dalam ustad Karmaine,” katanya. – MalaysiaGazette

6 Komen

  1. Dapat dapat title ustaz plak? Kah kah.. semburit apa cerita? Bila nak dakwa? Pengakuan yg terlibat dah dibuat.. lepas mcm tu jer? Kih3

  2. Semburit mcm tu laa…yg dia nampak salah org jaa..salah diri semburit dia xnmpk…dulu dia ckp al jub”look at the in the mirror”skrg kau look at your semburit in your selfs…. KuangĀ³

  3. Dato Azmin pun tak perlu dtg Tg Piai, sila fokus kpd ekonomi negara, dpt gaji mahal-mahal tp tk buat kerja, ekonomi makin merudum, nilai Rm pun dah kalah dgn Baht Thai…

  4. Ini orang kah? Yang akan jadi PM nanti. Rakyat Malaysia lebih2 lagi Melayu fikirkan dalam2 ingin kah kita menjadikan seorang pemimpin berahklak sebegini. Takut amat akan bala yang akan menimpa kita, Dia dengan yang seorang tu pun janganlah di jadikan pemimpin lagi. Takut !!!

Comments are closed.