Bintang Manchester United, Wayne Rooney kini dikaitkan dengan penghijrahan ke Liga Super China.
Laporan mengatakan Wayne Rooney ditawarkan kontrak lumayan £700,000 seminggu untuk meninggalkan Old Trafford.
Dua kelab terkemuka Liga Super China memburu khidmat Rooney selepas memantau perkembangan pemain prolifik yang kini bukan lagi pilihan kesebelasan utama Jose Mourinho.
Tawaran yang diletakkan untuk Rooney adalah jauh lebih tinggi dengan Carloz Tevez yang turut ‘dikejar’ kelab gergasi bola sepak China.
Nasib Rooeney, kapten pasukan kebangsaan England di Old Trafford dalam persoalan apabila lebih kerap direhatkan di bangku simpanan skuad utama untuk setiap perlawanan.
Rooney setakat ini hanya membuka tiga jaringan untuk pasukan the Red Devils musim ini.
Walaupun pemain itu membuat keputusan untuk menamatkan kariernya di Theater or Dreams seperti Ryan Giggs, pemerhati sukan membuat spekulasi kononnya pemain itu mungkin membuat keputusan mengenai tawaran daripada kelab China.
Rooney bersama Manchester United sejak tahun 2004 dan menang kesemua kejuaraan di Old Trafford di bawah legasi bekas Pengurusnya Sir Alex Ferguson.
Mengambil kira faktor ini, penulis sukan berpendapat pemain berusia 31 tahun itu mungkin akan beralih mencari pendapatan lumayan di liga tidak berkompetitif di China.
Oscar meninggalkan Chelsea kelmarin ke Kelab Shanghai SIPG dengan nilai kontrak perpindahan £60 juta, manakala Carlos Tevez dikaitkan kuat dengan perpindahan seumpama.
Kontrak dan gaji yang ditawarkan untuk bekas pemain Manchester United dan Manchester City itu adalah sekitar £615,000 seminggu. – Agensi