PONTIAN – Proses undi awal melibatkan 280 anggota dan pegawai polis mula menjalankan tanggungjawab mengundi awal pagi ini
Proses undi awal telah bermula tepat 8 pagi tadi di Dewan PERKEP Ibu Pejabat Polis Daerah Pontian.
Sebanyak dua saluran di buka untuk memudahkan proses undi awal untuk membolehkan anggota dan pegawai polis di Dewan Undangan Negeri Pekan Nanas dan Kukup mengundi.
Saluran pertama dibuka hingga 1 tengahari ini manakala saluran peti undi kedua akan dibuka sehingga 5 petang ini.