TERKINI : Kes SRC “PM Tak Perlu Beri Komen” – Takiyuddin Hassan

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad tidak perlu membuat sebarang komen mengenai keputusan Mahkamah Tinggi yang mengarahkan Datuk Seri Najib Razak membela kerana wujud kes prima facie dalam kes penyelewengan dana SRC International.

Menurut Ahli Parlimen Kota Bharu, Datuk Takiyuddin Hassan berkata kerajaan sebagai Hadan Eksekutif tidak seharusnya mempertikaikan keputusan yang dibuat oleh Badan Kehakiman.

“Bukan sahaja PM, macam saya sendiri ataupun mana-mana orang politik bila bercakap mengenai Rule of Law tentang pengasingan kuasa. Contohnya kita dari legislatif, dan PM atau menteri mereka tergolong juga dalam Eksekutif, jadi bila keputusan dibuat oleh Badan Kehakiman, tidak perlu ada komen yang boleh dilihat sebagai campur tangan daripada badan itu.

“Saya cakap sesiapa sahaja, termasuk saya. Kita tidak perlu komen tentang apa-apa keputusan yang dibuat oleh mahkamah, melainkan saluran yang betul,” katanya di lobi Parlimen, hari ini.