TERKINI : TIDAK BENAR “Parti Gerakan Terima RM 1 Juta” – Dominic Lau

Parti Gerakan Rakyat Malaysia (Gerakan) tidak akan bergabung dengan Pakatan Harapan (PH), malah tidak akan menjalin kembali hubungan dengan Barisan Nasional (BN).

Demikian tegas Presidennya, Datuk Dominic Lau apabila memberitahu, parti itu juga tidak pernah dibiayai oleh PH untuk bertanding pada Pilihan Raya Kecil (PRK) di Tanjung Piai sebagaimana tuduhan yang tersebar di laman sosial.

Katanya, beliau kesal dengan fitnah-fitnah tersebut yang sengaja dibuat ketika kempen PRK berkenaan sedang berlangsung dengan tuduhan kononnya Gerakan mendapat dana daripada PH menerusi Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.